SlideShow -->>>

Leave Ur Comment

Wednesday, April 13, 2011

Pray For Japan






pray for japan. . . Gempa bumi yang berlaku tidak jauh dari perairan jepun yang berukuran 8.8 pada skala Richter telah menghasilkan ombak tsunami setinggi 7.3 meter di daerah Fukushima, JEPUN. Manakala ombak tsunami setinggi 4 meter dilaporkan melanda beberapa daerah di bahagian timur laut Jepun.

Setakat ini, jumlah yang terkorban adalah mencecah sehingga 385 orang. Sangat sedikit jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Acheh dan Lautan Hindi ysng mengorbankan berpuluh-puluh ribu orang.

Tsunami di Acheh pula adalah berkekuatan lebih besar. Lebih 9.3 pada skala Richter yang menghasilkan ombak setinggi 9 meter. (atas kapasiti bahawa terletak jauh sedikit daripada tempat berlakunya gempa bumi) Tsunami yang berlaku di Lautan Hindi telah menyebabkan kematian lebih 230 000 orang, kematian yang terbesar dalam sejarah.

Berlainan pula di Jepun, dalam kedahsyatan aliran tsunami itu, siapa sangka jumlah kematian tidakpun sampai seribu orang. Apa yang kita lihat cuma bangunan, rumah dan kenderaan yang musnah di bawa gelombang tsunami. Sungguh pelik kan?

Namun bagi pendekar, perkara ini tidaklah pelik melihat kepada sistem amaran dan pengesanan gempa bumi dan tsunami yang dimiliki oleh Jepun. Mereka memiliki sistem amaran yang paling canggih di dunia. Dan paling cekap dalam mengendalikan sebarang bencana yang mungkin tercetus di negara mereka. (mengambil kira bahawa Jepun terletak di Lingkaran Api Pasifik.)

Kecekapan Agensi Meteorikal Jepun sangatlah menakjubkan. Dari sistem amaran awal, sistem amaran berpusat yang mereka miliki sangat membantu dalam mengurangkan kehilangan nyawa di kalangan para penduduknya. kehilangan harta benda masih boleh di cari lagi bukan??

Walaupun kedudukan Bandar tokyo juga berhampiran kawasan tersebut, namun bandaraya tokyo dilindungi oleh teluk Tokyo yang bersifat bagaikan tembok yang membantu menangkis gelombang tsunami daripda melanda bandar tersebut.

Berita terkini setakat ini, Jepun akan melepaskan bahan radioaktif dari loji tenaga nuklearnya. Semua orang tahu bahayanya sisa radioaktif yang dibebaskan. Penduduk yang berada di sepanjang 3 kilometer dari loji tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati. Wallaaaaaaa....... kalaulah terkena kesan radioaktif ni, mahu merana sepanjang hayat!

p/s Marilah kita sama-sama berdoa untuk negara jepun. . .mungkin kita x taw apa lagi bencana yang akan melanda kita selepas ini. . . berita nie. . admin copy dari keratan akhbar. . ^^ saja nak share. .!

ziela_admin


No comments:

Post a Comment